A Rahim bin Aziz adalah suami saya & merupakan anak sulung bagi pasangan Aziz bin Kasim (Bapak) & Mor binti Warsidi (Mak).
We were introduced by a common friend in late 1987. After knowing him for about two months we tied the knot on 26/3/1988.
Rahim adalah seorang suami & bapa yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang isteri & anak-anak. Sepanjang perkahwinan kami, dia adalah seorang sahabat karib, suami yang sangat memanjakan isteri (banyak membantu membereskan house chores & menjaga anak-anak daripada bayi sehingga tamat alam persekolahan rendah). Semasa anak-anak masih belum dewasa Rahim agak tegas dengan mereka namun setelah mereka meningkat dewasa, anak-anak dianggap seperti sahabat. Rahim dan anak-anak boleh bersembang seperti kawan terutama berkaitan dengan kegemaran mereka bersama iaitu bola sepak atau apa-apa sahaja sukan.
Ketika Rahim jatuh sakit pada bulan September 2019 dan semakin tenat selepas tarikh kelahirannya yang ke-60, keluarga kecil kami seolah-olah berubah jadual kehidupan seharian secara tiba-tiba.
Episod-episod menghantar & menjaganya di hospital kerap berlaku. Kami bergilir-gilir menjaganya di hospital. Dapur berhenti berfungsi & kami mengalas perut dengan makan nasi goreng apabila sempat sahaja.. tidak ada selera & tidak sampai hati melihat dia tidak dapat makan seperti kami.
Pada hujung November 2019, lidahnya crammed, sudah tidak boleh lagi berkata-kata. Sepanjang malam 18 Disember 2018 dia mengerang (yang sebenarnya dalam keadaan nazak - kami tidak tahu). Awal pagi 19 Disember 2019 kami bersihkan dia seperti biasa, wudukkan & bimbing dia untuk solat Subuh. Setelah kami beri dia minum susu melalui tiub, kami ambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital Muar.
Setibanya di hospital, keadaan semakin kritikal dan doktor mengesahkan dia telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 pagi itu.
Hancur luluh hati kami ditinggalkan oleh insan yang menjadi tonggak keluarga kami selama 31 tahun. Hingga hari ini kerinduan sahaja yang menemani kami & doa dikirim setiap hari agar dia tenang di Alam sana.
Serba sedikit latar belakang Rahim
Nama : A RAHIM BIN AZIZ
Gelaran dalam kalangan keluarga : Along @ Ayah Long
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1959
Pendidikan Awal : SK Penchu, Kundang Ulu, Muar, Johor
Pendidikan Menengah : SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu (Tingkatan 1 - 3 tahun 1972 - 1974)
SMK Dato' Seri Amar Diraja, Muar (tingkatan 4 - 6 Atas tahun 1975 - 1978)
Pendidikan Pos Menengah : UPM Serdang ( satu semester - Diploma Pertanian)
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (Sijil Perguruan Sains Sekolah Menengah 1981 - 1983)
Latihan Dalam Perkhidmatan - Institut Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim 1992 - 1993
Open University of Malaysia (Bachelor of Education in Mathematics 2000 - 20024)
Sejarah Perkhidmatan : SK Sungai Buaya, Banting, Selangor 1984 - 1994 SK Sungai Manggis, Banting, Selangor 1995 - 1996 SK Penchu, Muar 1996 - 2006 SK Bukit Rahmat, Muar 2007 - 2011 SK Serom 5, Tangkak 2012 - 2014 SK Durian Chondong, Muar 2015 - 2019
No comments:
Post a Comment