Bapak telah dua tiga bulan tidak berapa sihat. Banyak baring dan kurang makan. Memori Bapak memang telah lama tidak berapa baik namun dua tiga bulan kebelakangan seperti Bapak sudah tidak ingat untuk menguruskan diri.. membuang air bukan di tempat yang sepatutnya... 😪
Sekitar jam 10 pagi, setelah Uda mendapat panggilan telefon daripada Uteh, kami dua keluarga di Perak terus berkemas untuk pulang ke Muar tanpa rancangan untuk tinggal di sana berapa lama.
Namun kami dikejutkan dengan berita sedih yang Bapak telah pun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 12 tengah hari. Allahu.. sedihnya Allah sahaja yang tahu.. ðŸ˜
Kami reda .. kami meneruskan perjalanan pulang ke Muar dan tiba sejurus selepas selesai jenazah Bapak dikebumikan. Tidak ada rezeki untuk menatap wajah Bapak buat kali terakhir namun kami akan selalu menitipkan doa agar Bapak baik-baik sahaja di Alam Sana.
Afiq dan Mama sentiasa "update" keadaan di rumah sepanjang proses menguruskan jenazah Bapak untuk makluman kami semasa perjalanan pulang ke Muar.
Jenazah dimasukkan ke van jenazah untuk di bawa ke Madrasah dan disolatkan.